Kini anda boleh daftar Grab Driver di Malaysia secara PERCUMA dan mulakan proses pendaftaran dalam tempoh 24-jam sahaja (Isnin – Jumaat).
Kelebihan Pendaftaran Grab Driver:
• Part-Time & Full-Time fleksibel
• TANPA perlu hadir ke Grab Hub / Grab GDC untuk semakan awal (BARU)
• Daftar Lesen PSV bersama Grab secara PERCUMA (slot terhad)
• Pengesahan dokumen secara online lebih mudah dan pantas
• Layak menikmati Kuota Subsidi BUDI95 dipertingkatkan (600L & 800L)
• Proses pendaftaran dibantu oleh admin langkah demi langkah
• Boleh mula jana pendapatan menggunakan kereta sendiri secara fleksibel
Cara Pendaftaran:
- Lengkapkan borang pendaftaran online melalui butang DAFTAR SEKARANG
- Hantar dokumen asas untuk semakan kelayakan
- Admin pendaftaran akan menghubungi anda dan membantu proses PSV, EVP serta pengesahan dokumen
- Setelah akaun aktif, anda boleh terus online dan mula menerima tempahan melalui aplikasi Grab Driver
Daftar hari ini dan mulakan perjalanan anda sebagai Grab Driver dengan proses yang lebih mudah, cepat dan fleksibel.
Pengenalan Kepada Grab
Grab ialah sebuah syarikat teknologi dan platform e-hailing yang berpangkalan di Singapura yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan, penghantaran makanan dan logistik melalui aplikasi mudah alih di negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Myanmar dan Kemboja.
Grab bermula sebagai perkhidmatan tempahan teksi dan kini berkembang menjadi salah satu platform e-hailing terbesar di Asia Tenggara dengan jutaan pengguna aktif setiap hari.
Pada tahun 2018, Grab mengambil alih operasi Uber di Asia Tenggara dan terus memperkukuhkan kedudukannya sebagai antara platform perkongsian perjalanan dan penghantaran paling popular di rantau ini.
Apa Itu GrabCar?
GrabCar memberi kebebasan kepada anda untuk memandu dan online pada bila-bila masa mengikut jadual sendiri. Anda hanya perlu online aplikasi Grab Driver dan kenderaan berdaftar anda akan disambungkan kepada penumpang yang membuat tempahan melalui aplikasi Grab.
Sama ada secara part-time atau full-time, anda bebas memilih waktu memandu sendiri tanpa jadual kerja tetap. Ia merupakan salah satu cara paling mudah, fleksibel dan popular untuk menjana pendapatan menggunakan kereta sendiri.
Kenapa Pandu GrabCar?

JANA PENDAPATAN
Ciri Heatmap di dalam aplikasi Grab Driver akan menunjukkan kawasan yang mempunyai permintaaan yang tinggi. Ciri "Tipping" di dalam aplikasi Grab membenarkan penumpang memberi ganjaran tambahan kepada pemandu.

MASA KERJA FLEKSIBLE
Pilih waktu yang betul untuk memaksimakan pendapatan anda dalam masa yang singkat. Pilih destinasi yang ingin dielakkan melalui ciri "Driver Choices" di dalam aplikasi Grab Driver

KESELAMATAN
Keselamatan diutamakan. Pemandu boleh kongsikan perjalanan secara langsung kepada keluarga. Kini semua penumpang akan melalui pengesahan muka dan dokumen pengenalan identiti sebelum menempah Grab.

FAEDAH EKSLUSIF
Dapatkan faedah dan ganjaran melalui program GrabBenefit melalui aplikasi Grab Driver. Kunjungi Grab Driver Pit Stop berdekatan untuk berehat sambil menikmati kopi percuma.
Apakah Pandangan Grab Driver?



Syarat Grab Driver

Syarat Kenderaan
Kereta keluaran tahun 2012 dan ke atas serta mempunyai 4-pintu layak untuk pendaftaran GrabCar. Kenderaan 4WD dan kereta yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah TIDAK diterima untuk pendaftaran.

Bandar Pendaftaran
Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah, Perlis, Pahang, Perak, Kelantan, Kuala Terengganu,dan Pulau Pinang

Syarat Handphone
Android 4.1 or IOS 10.0 Smartphones.

Malaysian Citizen
Warganegara Malaysia berusia 21-69 Tahun dengan Lesen Memandu Penuh D/DA (Lesen P TIDAK diterima)
Perkara yang perlu anda tahu semasa memandu Grab
Setelah anda melengkapkan semua langkah untuk menjadi seorang Grab Driver, berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu dipatuhi bagi memastikan anda memenuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Pastikan anda:
• Memaparkan pelekat E-Hailing di cermin depan dan belakang kenderaan
• Mempunyai Lesen PSV yang sah semasa memandu
• Mempunyai cakera pemeriksaan PUSPAKOM di cermin depan kenderaan (untuk kenderaan berusia 3 tahun dan ke atas)
• Mengetahui lokasi dan nombor EVP (E-Hailing Vehicle Permit) kenderaan anda.
Anda boleh mendaftar sebagai pemandu Grab di Malaysia sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:
• Warganegara Malaysia berumur 21 – 69 tahun (MyKad Biru dan MyTentera sahaja)
• Memiliki Lesen Memandu D / DA yang sah
• Lesen P adalah TIDAK diterima
• Mempunyai akaun bank persendirian yang didaftarkan menggunakan MyKad sendiri
• Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu dan asas Bahasa Inggeris
• Kenderaan tidak tersenarai dalam rejected GrabCar list
• Tidak mempunyai masalah kesihatan yang boleh menjejaskan keupayaan memandu
Latar belakang pemohon juga mestilah bersih:
• Tiada rekod jenayah silam
• Tidak mempunyai lebih daripada tiga (3) saman trafik dalam tempoh setahun termasuk kesalahan seperti memandu laju, langgar lari, pemanduan berbahaya dan melanggar lampu isyarat merah
Testimoni Grab Driver
Program Pembayaran Balik
Pemandu Grab baharu yang layak boleh menikmati pelbagai program tuntutan semula dan subsidi yang disediakan oleh Grab bagi membantu mengurangkan kos keseluruhan untuk menjadi pemandu e-hailing.
Program tuntutan semula yang ditawarkan termasuk:
• Kursus PSV PERCUMA bersama Grab
Pemohon baharu yang menghadiri kursus PSV anjuran Grab berpeluang menikmati tuntutan semula sehingga 100% selepas akaun berjaya diaktifkan. Sesetengah sesi kursus turut menyediakan makanan atau minuman percuma.
• Tuntutan Semula Kursus PSV Bukan Panel
Pemohon yang mengikuti kursus PSV di institut memandu bukan panel Grab boleh membuat tuntutan semula sehingga RM100 tertakluk kepada polisi dan kelulusan semasa Grab.
• Tuntutan Pemeriksaan Kesihatan JPJL8A
Pemandu boleh membuat tuntutan semula bagi bayaran pemeriksaan kesihatan JPJL8A yang diwajibkan, biasanya sehingga RM80 bergantung kepada klinik dan resit sokongan yang diberikan.
• Bayaran Pemprosesan Kad PSV
Grab juga boleh menanggung bayaran rasmi pemprosesan kad PSV oleh JPJ yang lazimnya sekitar RM20.
• Subsidi EVP (Permit Kenderaan E-Hailing)
Bayaran EVP bernilai RM115 mungkin ditanggung sepenuhnya oleh Grab untuk pemandu baharu yang layak selepas permohonan dan pengaktifan berjaya.
• Bantuan Pendaftaran Secara Online
Pihak pentadbiran Grab boleh membantu pemohon sepanjang proses pendaftaran termasuk panduan PSV, semakan dokumen, permohonan EVP dan sokongan pengaktifan akaun.
Semua tuntutan semula, subsidi dan bantuan adalah tertakluk kepada terma & syarat terkini Grab, ketersediaan kempen, syarat pengaktifan serta pengesahan dokumen sokongan.
SOALAN LAZIM(FAQ)
Syarat Pendaftaran Grab Driver:
• Warganegara Malaysia (MyKad Biru sahaja)
• Berumur 21 – 69 tahun
• Kereta keluaran tahun 2012 dan ke atas serta mempunyai 4-pintu
• Lesen Memandu Penuh D / DA yang sah
• Lesen P dan L adalah TIDAK diterima
Kereta yang TIDAK layak untuk pendaftaran GrabCar termasuk:
• Perodua Kelisa / Viva / Kancil / Kembara / Kenari
• Proton Wira / Iswara / Gen 2 / Savvy
• Inokom Atos / Matrix
• Renault Kangoo
• Kia Spectra / Sutera / Picanto (model lama)
• Hyundai Getz / i10 (model lama)
• Chevrolet Aveo (model lama)
• Honda CR-Z (2 pintu)
• Proton Satria Neo (2 pintu)
• Semua kenderaan 2 pintu
• Kenderaan teksi / kenderaan dengan iklan peribadi
*Jika model kereta anda tidak tersenarai di atas, kereta anda masih layak untuk pendaftaran Grab tertakluk kepada semakan lanjut.
**Kenderaan berusia 15 tahun dan ke bawah masih diterima sehingga notis lanjut daripada pihak berkuasa.
Grab beroperasi 24-jam sehari dan 7-hari seminggu, membolehkan anda online dan mula memandu pada bila-bila masa mengikut jadual sendiri.
Tiada punch card, tiada bos dan tiada jadual kerja tetap. Sama ada anda mahu memandu secara part-time selepas waktu kerja, hujung minggu ataupun full-time setiap hari — semuanya bergantung kepada masa dan target pendapatan anda sendiri.
Anda hanya perlu online aplikasi Grab Driver untuk mula menerima tempahan daripada penumpang berhampiran. Lebih lama anda online dan lebih strategik waktu pemanduan anda, lebih tinggi potensi pendapatan yang boleh dijana.
Ramai rakyat Malaysia memilih Grab kerana fleksibiliti masa, proses pendaftaran yang lebih mudah dan peluang menjana pendapatan menggunakan kereta sendiri.
Sila rujuk admin pendaftaran untuk maklumat lanjut dan bantuan proses pendaftaran.
Secara purata, pemandu GrabCar berpotensi menjana sekitar RM20 – RM40 sejam bergantung kepada permintaan semasa, lokasi dan waktu pemanduan.
Pemandu yang online pada waktu puncak, hujung minggu dan kawasan permintaan tinggi juga berpeluang menjana pendapatan yang lebih tinggi melalui insentif dan bonus tambahan.
Jumlah pendapatan bulanan adalah bergantung sepenuhnya kepada masa dan kekerapan anda memandu. Sama ada untuk pendapatan sampingan secara part-time atau menjana pendapatan tetap secara full-time, semuanya bergantung kepada target dan usaha anda sendiri.
Mulai 12 Oktober 2019, setiap pemandu e-hailing di Malaysia diwajibkan mempunyai Lesen PSV (Public Service Vehicle) di bawah kategori Teksi / Kereta Sewa / E-Hailing.
Selain itu, setiap kenderaan yang digunakan untuk Grab juga perlu mempunyai:
• Perlindungan Insurans E-Hailing
• EVP (E-Hailing Vehicle Permit) yang sah
Jangan risau — proses pendaftaran kini lebih mudah dan kebanyakan langkah boleh dilakukan secara online.
Sekiranya anda mendaftar melalui borang di dalam page ini, admin pendaftaran akan membantu memberikan panduan langkah demi langkah untuk proses:
• Pendaftaran Lesen PSV
• Insurans E-Hailing
• Permohonan Grab EVP
• Pengesahan dokumen sehingga akaun aktif
Ramai pemohon baru berjaya melengkapkan proses dengan lebih mudah tanpa perlu pening kepala dengan prosedur teknikal.
Boleh, pemandu yang berdaftar boleh memandu GrabCar menggunakan kereta bukan hak milik sendiri selagi pemilik kenderaan tersebut adalah warganegara Malaysia yang masih hidup.
Syarat-syarat:
• Nama pemandu berdaftar mestilah tertera di dalam cover note insurans kenderaan tersebut
• Insurans kenderaan mestilah di bawah perlindungan ALL DRIVER / AUTHORISED DRIVER / ANY AUTHORISED DRIVER
Sekiranya anda pernah memandu untuk GrabCar, GrabBike, GrabFood, GrabExpress atau GrabTaxi sebelum ini, anda TIDAK PERLU mendaftar semula.
Sila hubungi Help Centre melalui aplikasi Grab Driver untuk pengaktifan semula atau rayuan akaun Grab Driver anda.
Atas kesulitan proses EVP (E-Hailing Vehicle Permit), buat masa sekarang kami hanya boleh memproses permohonan GrabCar menggunakan kereta persendirian / hak milik sendiri.
Pihak kami TIADA menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Hanya kereta sendiri diterima untuk proses pendaftaran GrabCar.
